Ants' Nest Cake @ Kek Sarang Semut

Tengah bersantai-santai di rumah & terjumpa pulak simple cake recipe di FB, mulalah tangan rasa gatal nak cuba membakar. Tengok bahan yang digunakan pulak semuanya ada di dapur. Apalagi terus pergi ke dapur untuk membuat kek. Simple recipe yang saya nak cuba buat ini adalah Recipe Kek Sarang Semut. Tak ingat dah siapa yang share & resipenya seperti di bawah.

Ants' Nest Cake @ Kek Sarang Semut

Recipe Kek Sarang Semut

Bahan A

1 ¼ cawan gula
1 cawan air panas
Bahan B
4 biji telur Gred A
¼ cawan susu pekat(atau 5 sudu besar)
1 sudu the esen vanilla
125g butter (dicairkan)
2 sudu kecil soda bicarbonate
1 cawan tepung gandum (ayak)

Cara-cara

1.       Larutkan gula atas kuali
2.       Letak 1 cawan air panas, slowly. Dah siap, biar rehat kat tepi sehingga sejuk
3.       Kacau rata telur. Jangan gaul lebih-lebih.
4.       Masukkan susu pekat, esen vanilla, butter cair, soda bicarbonate & tepung. Gaul hingga rata.
5.       Masukkan gula yang dicairkan tadi dengan ditapis.
6.       Gaul hingga rata & warna kecoklatan akan kelihatan.
7.       Masukkan dalam bekas (of course yang boleh masuk dalam oven) yang telah disapu butter.
8.       Tutup & perap sehingga 2 jam.
9.       Masukkan ke dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.Bakar 170°C api bawah selama 45 minit. Bakar selama 45 minit. 5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah. Kalau selepas 45 minit still tak masak, panaskan lagi. Kredit to Azlita Masam Manis untuk cara bakar ini. Tapi kena try and error. Ada oven tak sesuai guna cara ini. Resipenya senang, tapi nak kena tunggu 2 jam untuk perap . 

Kalau ikut recipe yang dikongsi oleh Azlita Masam Manis, lagi lama masa perapannya iaitu 4jam. Memang tak sesuai nak prepare  kek sarang semut sebagi dessert untuk berbuka puasa time balik kerja. Kalau weekend, bolehlah nak buat kek sarang semut ini. Kek Sarang Semut still boleh dikategori recipe yang simple bagi saya sebab caranya tak leceh, guna bahan yang common & tak susah nak dapat hasil yang menjadi. 


Share this:

CONVERSATION

5 comments:

  1. elsa pernah buat dua kali. dua kali tu laa tak menjadi huhu sedih betul! nanti boleh follow resipi nie je hehe

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
  2. Oh, feveret ni. Tapi, sy ade habit pelik. Saya letak coklat ganashe atas kek ni, ataupun filing kat tgh guna coklat filing.

    ReplyDelete
  3. Assalamualiakum. Sedapnya. Kalaulah saya pun boleh masak kek n kuih2 ni hehe.. buat masa ni tau makan je. SInggah melawat sini dari https://dindamaisarra.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa.dah lama tak buat teringin pulak

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Berkeroncong pulak malam malam ni hehe :)

    www.fatinamdzfr.blogspot.com

    ReplyDelete