Chewies Menyertai Malaysia Book Of Records Dengan Pencapaian Menyihatkan

Malaysia Book Of Record tercipta di  Sunway Amphitheatre

Bandar Sunway, Selangor- Meminta kanak-kanak untuk mengambil suplemen mereka secara berterusan mungkin satu masalah tetapi lebih daripada 1,800 kanak-kanak bersama-sama ibubapa dan guru berkumpul dengan gembira dan mengunyah pastil enak untuk menyertai Malaysia Book Of Records.



disertai oleh lebih daripada 30 sekolah


media pun ada 

Mewakili lebih daripada 30 sekolah rendah di Lembah Kelang, mereka menikmati lebih daripada 3,000 pastil Chewies Immunolicious ketika mereka cuba mencipta rekod untuk "Penyertaan Paling Ramai Bagi Sesi Pengambilan Pastil Penggalak Imuniti" di bawah kategori Pencapaian Manusia Malaysia Book Of Records.



Percubaan mama blogger memujuk Dak Zafran yang dah panas punggung nak keluar

"Kanak-kanak berkenaan berusia di antara lima hingga 12 tahun dan mereka gembira untuk mengambil bahagian dalam cubaan mencipta rekod ini memandangkan pastil Chewies Immunolicious sememangnya enak, di samping meningkatkan sistem imun," kata CEO AJ Research & Pharma (AJRP) Sdn. Bhd, Javed Ghulam Muhammad.



Ciptaan  untuk mendapat rekod " Penyertaan Paling Ramai Bagi Sesi Pengambilan Pastil Penggalak Imuniti" bermula.

"Cubaan Malaysia Book Of Records ini merupakan satu cara kami untuk mendidik ibu bapa mengenai cara untuk melindungi anak-anak dan diri mereka daripada kuman dengan membina sistem imun yang kuat kerana lebih baik mengukuhkan pertahanan pertama tubuh daripada merawatnya ketika sakit. Untuk mencapainya, kita perlu melengkapkan rutin harian mereka dengan penggalak sistem imun", tambah Javed.




CHEWIES menerima  Malaysia Book Of Records. 
From left:
Mr. Chang Hon Chung (Sales & Marketing Manager), Mr. Ayman Izzaz (Asst. Manager Analyst, Research & Marketing MBOR), Mr. Javed Ghulam Muhammad (CEO of AJ Research & Pharma Sdn. Bhd.), and Josephine Cheah (Product Manager, Consumer Health AJ Research & Pharma). 

Guru-guru sebagai wakil sekolah mengambil Sijil Penyertaan untuk pelajar-pelajar mereka yang menyertai Malaysia Book Of Records ini.

Selepas mencipta rekod di Sunway Amphitheatre dengan mengambil dos harian yang disarankan - dua pastil untuk kanak-kanak dan empat pastil untuk orang dewasa - dan meningkatkan imuniti mereka untuk hari tersebut, kanak-kanak berkenaan diberi ganjaran masa yang menyeronokkan dengan menyertai aktiviti di Sunway Lagoon sepanjang hari itu.


CHEWIES Supplements

Chewies Immunolicious (pastil) diperkaya dengan Wellune - sejenis gluco polysaccharide diperoleh daripada penapisan yis yang cukup baik - yang bertindak sebagai penggalak sistem imun semula jadi untuk kanak-kanak dan dewasa; dimiliki oleh AJRP dan boleh didapati dengan Mega-Mango, Super Strawberry dan Ultra-Orange.


Strawberry flavour

Mudah dimakan dan lebih menarik kepada kanak-kanak, gula-gula enak seperti pastil terbukti secara klinikal meningkatkan sistem imun dengan selamat dan mengurangkan demam dan selesema.

Share this:

,

CONVERSATION

4 comments:

  1. hee~ bestkan ? anak kakak sampai tanak balik.. puas pujuk2..

    ReplyDelete
  2. Seronok anak-anak dapat makan Chewies n main-main kat Sunway Lagoon kan..

    ReplyDelete