Air Tangan Uwan Tak Pernah Tak Sedap

Tahun ini, decide untuk merasmikan pembukaan bulan Ramadhan(perasmian pembukaan kau) di kampong uwan (my maternal side) di Kampung Jempol, Negeri Sembilan. Bila uwan tahu anak cucu & cicit pun sama nak balik kampong, uwan buatkan kuih kegemaran anak cucu (cicit tak suka lagi..ahaks) yang sangat legend iaitu pekpok untuk berbuka. Kalau bandar panggil kuih badak berendam.

Air Tangan Uwan Tak Pernah Tak Sedap
Pekpok in the making

Air Tangan Uwan Tak Pernah Tak Sedap
Siap udah. 3 biji sekali ngap jea..(ok jangan percaya..mulut saya bukan mulut rimau..)

Pekpok uwan perghhhhhh tak terkata-kata kesedapnya. Sangat lembut & disaluti dengan kuah santan yang sangat berlemak. Isi dalamnya adalah inti kelapa. Tak ada seorang pun anak-anak uwan(cucu lagilah especially saya..ahaks) yang berani nak buat pek pok (ke ada..saya jea yang tak tahu..hehe). Takut hasilnya tak sesedap yang uwan buat. Hehe.

Second day berbuka, uwan buat kuih koci pulak. Guna inti lebih buat pekpok semalamnya. Rasanya pun sama jugak. Sedap gilosss. Tanya resipe kuih-kuih ni kat uwan. Uwan cakap garam banyak ni. Bahan ni banyak ni. Yang uwan sebut ‘banyak-banyak ni’, sukatannya mengunakan tangannya dan ‘agak-agak’ sahaja. Tak ada guna cup ke spoon ke. Dan tak ada juga exact amount dalam gram ke. Haaa. Sukatan guna tangan acano nak salin recipe ni. Dahlah time saya tanya resipe, bahan-bahan dah siap campur dah (huduh giler perangai..dah nak siap baru masuk dapur..ahaks) Mak kata kalau nak tahu betul-betul resipe uwan & nak faham sukatan version uwan ni, kenalah tengok uwan masak secara live dari A sampai Z. Barulah tak blur sangat nak salin resipe kuih-kuih uwan. Baikkkk. Hehew.

Air Tangan Uwan Tak Pernah Tak Sedap
 Kuih koci in the making

Air Tangan Uwan Tak Pernah Tak Sedap
 Siap!!!

Air Tangan Uwan Tak Pernah Tak Sedap
Lembut bak kain sutera (macam tak kena jea ayat ni)

Ginilah orang-orang tua memasak, resipenya guna sukatan tangan & anggaran sahaja. Sukatan yang ada dalam kepala & biasa buat. Lepas tu, time memasak just campak-campak.Tapi hasilnya mak aiiii sangat marvelous rasanya. Sebab itulah air tangan orang tua tak pernah tak sedap especially uwan.

Share this:

,

CONVERSATION

10 comments:

  1. ooo kuih badak. pernah dengar tapi tak pernah makan. btw kuih koci nampak dap sangat. bukak blog pulak time tengahari macam ni. adoi

    ReplyDelete
  2. Singgah sini..done followww ;)

    ReplyDelete
  3. Firstly time dengar nama kuih pekpok hehehe.. tapi tulah kan.. org dulu2 walaupun masak resepi campak2 je.. tapi rasa dia tu mmg melekat di hati..

    ReplyDelete
  4. Kuih koci is my favourite ;)

    ReplyDelete
  5. isy..tak sempat nak rasa semua tu....17hb baru balik

    ReplyDelete
  6. Antara kuih favorite ni...untung ada wan lagi...boleh merasa

    ReplyDelete
  7. Air tangan orang lama.. Sedapnya susah nak dikatakan..

    ReplyDelete