Berbuka Puasa di Klang Executive Club Sebab Gantung Kuali



Setiap bulan Ramadhan wajib balik rumah parents masing-masing sekurang-kurangnya sekali. Nak merasai suasana berbuka dan bersahur di rumah parents. Kampung Kimchi mesti nak kena stay lebih daripada 2 hari sebab jauh iaitu di Taiping.  2 hari memang tak cukup untuk balik Taiping sebab 2 hari just habis masa kat atas jalan jea. Kalau saya yang just di PJ jea, 2 hari pun cukup dah.

Belakang tuela aquarium yang Dak Zafran teruja tengok. Sekarang ni tak dah. Terpaksalah bagi handphone sat sementara tunggu mama habis solat. Dekat betul dengan mata handphone tue. Tak apa. Time kat luar jea dia boleh main handphone. Kat rumah jangan haraplah..hehe

Balik Taiping untuk tahun ini pada hujung minggu kedua bulan Ramadhan. Decide nak balik time weekend ni sebab ada cuti Nuzul Al-Quran pada hari Isnin. Jadi, dapatlah bermalam di Taiping selama 4 hari. Hari Jumaatnya nak gerak.  Kenalah gantung kuali daripada memasak untuk berbuka. Kimchi bawa berbuka puasa di Klang Executive Club.

Belakang tue untuk iftar outdoor. Dak Zafran tengah figure out acano nak buat peace

Slogan untuk Ramadhan buffetnya di Klang Executive Club adalah ketuk-ketuk rasa desa. Maknanya, juadah yang disajikan untuk berbuka puasa adalah berkonsepkan tradisional. Antaranya adalah sate, dimsum, kambing bakar, buah-buahan(rambutan & laici), ABC, kuih-muih tradisional & lain-lain. Yang moden-moden ni macam spaghetti ke, pudding roti ke, makanan yang telah disuntikkan dengan inovasi hipster(haram jadah apa aku cakap ni) ke, semua ni tak ada. Rasa makanannya not bad.

Di lobi KEC

Ada dua pilihan lokasi untuk berbuka iaitu ada indoor & outdoor. Kalau suka kedamaian, sejuk, taknak peluh ketiak, tak ada bunyi bising, boleh pilih indoor. Kalau nak yang lebih happening, ada live band, bersebelahan dengan swimming pool, lebih dekat dengan stall yang tempat makanan yang disediakan, boleh pilih outdoor. Kitaorang pilih tak lain tak bukan indoor. Ahaks.


 Dah pandai buat peace tapi mata pandang tempat lain

Dak Zafran masuk-masuk jea ke dalam hall(indoor), terus ternampak deretan aquarium yang ada banyak species ikan. KEC ini pun boleh order seafood kalau tak nak makan buffet. Apalagi, Dak Zafran terus pergi ke aquarium tuela. Dah taknak duduk di meja. Dia ingat sama macam kat Aquaria tue kot, tengok banyak ikan. Layan kan ajela. Asalkan tak menangis. Hehe. Nasib baik meja yang kitaorang duduk dekat dengan aquarium tue. Senang nak monitor Dak Zafran.

mata pandang atas pulak..aduii budak bertuah ni

Habis makan & solat, terus gerak balik Saujana sebab dah janji dengan Enal nak carpool balik Taiping. Next time kalau ada hari gantung kuali lagi, boleh pergi KEC untuk makan Dimsum. Di KEC pun boleh order dim sum jugak. Hehe.

Share this:

, ,

CONVERSATION

7 comments:

  1. huhuhu..dimsum pun sodap..

    tunggu nanti ada rezekinak pekena juga kimchi nie..

    ReplyDelete
  2. cantiknya la akak ni...
    hehe.. berapa hrga buka puasa ni untuk seorang?

    ReplyDelete
  3. kite pun dah bape hari gantung kuali sendiri ni.. asek pinjam kuali kedai aje hihihi

    ReplyDelete
  4. Ramadhan Kareem.
    Tu dia penuh table dengan food masing-masing hehehe...
    Kusyuk betul dia dengan phone main games apa la tu

    ReplyDelete
  5. wahhh, best kan dapat berbuka puasa ramai2.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah berjaya makan dimsum lagi..

    ReplyDelete
  7. . These coaching sessions aim to unlock leadership potential, improve decision-making skills, and foster a culture of continuous improvement. Leadserhip Coaching

    ReplyDelete