Eid 1438H│ Aktiviti Berasap-Asap Di Kampung Boyan

Lain daripada yang lain BBQ ni..guna pasu tue.

Baca jea tajuk post berasap-asap, jangan fikir buat aktiviti merokok secara beramai-ramai pulak. Mengasap pun panggilan lain untuk  merokok jugak. Pekejadahnya organize  aktiviti merokok beramai-ramai. Di bulan raya patutnya lebih tumpukan  kepada aktiviti kekeluargaan terutamanya dengan kanak-kanak.  Aktiviti berasap-asap pada tajuk entri ini adalah merujuk kepada aktiviti BBQ. BBQ kan ada asap-asap jugak. Hehe.

Siap sudah menu BBQ

Macam tak pernah miss buat aktiviti BBQ kalau beraya di Taiping. Kalau tak buat di Kampung Boyan, akan buat jugak di rumah Ale. BBQ ni dah menyenangkan kerja perempuan. Sebabnya kerja perempuan tang nak sediakan bahan mentah yang diperap (lelaki pun boleh jea nak buat).  Yang seterusnya serahkan kepada lelaki untuk membuat kerja BBQ.  Masak jea nasi putih & coselow, dah lengkap dah menu makanan berat. Nasi putih yang dah masak, Kak Ida goreng supaya nampak lebih attractive. Mimi ada bawa balik kek harijadinya, pemberian kawannya.

Dah kenyang-kenyang, dah borak-borak time..tapi mata tak lekang dengan hp.

Nampak semua juadah ni simple tapi mengenyangkan.  Yang paling penting masing-masing having fun semasa aktiviti berasap-asap.

Share this:

, ,

CONVERSATION

7 comments:

  1. SA pun buat gak....buat simple ayam ngan daging...

    ReplyDelete
  2. menu dah dikira berat sbb ada nasi, ayam dan jugak sayur. sedapnye makan dan kumpul ramai2 ni

    ReplyDelete
  3. Dunia sekarang.. Asyik dengan handphone

    ReplyDelete
  4. Kami pun suka buat aktiviti macam ni bila kumpul ramai2 kat kampung..

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaa.. lama da tak buat makan2 cemni kat kampung.. huhu..

    ReplyDelete