Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
Original recipe since 1983 tue

Medan selera yang lokasinya di belakang balai bomba Taiping sangat popular dengan Yong Tau Foo. Di situ boleh jumpa banyak gerai yang menjual Yong Tau Foo. Medan selera ni ada namanya sendiri iaitu Pusat Penjaja Taiping atau Medan Selera Padang tetapi lebih dikenali dengan panggilan medan selera bomba Taiping. Tak pun Taiping Bomba Yong Tau Foo.

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
 Segala jenis bahan ada..mana tak rambang mata nak pilih

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
Sotong tue

Pilih jea mana-mana gerai Yong Tau Fu di food court ni untuk dimakan, semuanya sedap. Saya pilih untuk makan di kedai cikgu Fazli sebab Mimi bagitau Yong Tau Foo gerai cikgu ni sedap. Dia pernah makan di situ. Mimi pun kenal cikgu Fazli sebab sama sekolah rendah dengan cikgu ni. Cuma tak pernah dapat kelas yang cikgu ni mengajar jea.

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
ABC & Laici Kang

Ada pelbagai jenis bahan-bahan Yong Tau Foo yang boleh pilih. Hotdog sahaja pun ada banyak jenis. Yang ada cheese, yang tak ada, macam-macamlah. Memang rambang matalah semasa nak pilih. Letak punya letak dalam bekas, habis dalam RM21. Tapi RM21 pun boleh dapat 1 pinggan besar tau. Satu pinggan besar ni boleh sehingga untuk 4 orang makan.

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
Tadaaa...dah dapat..


Dah pilih-pilih bahan, tak kena terus bayar tau. Mula-mula bagi bekas yang ada bahan-bahan kita letak kepada orang gerai tu untuk direbus. Beritahu kepadanya nombor meja kita. Lepas tu duduk dan tunggu sahaja Yong Tau Foo kita sampai di meja kita. Dah habis makan & nak balik, baru bayar. (Ceh semua orang tau SOP Yong Tau Foo ni. poyo jea nak explain.ahaks)

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
Tak sabar nak makan ni..

Yong Tau Foo yang akan dapat dituang dengan sos hitam (manis) & sos merah (pedas) yang pekat. Atas sekali ditabur dengan kacang hancur. Rasanya memang terbaik sebab sedap sangat.

Hawkers Food Hunting In Taiping Town│ Taiping Bomba Yong Tau Foo
Berjaya mengepaw

Lepas ni kalau nak makan lagi Yong Tau Foo di food court belakang bomba, boleh try gerai lain pulak. Boleh buat perbandingan rasa. Mana yang lebih sedap, itulah gerai Yong Tau Foo yang terbaik. Hehe. Kalau ada di Taiping & nak makan Yong Tau Foo Bomba Taiping, set Yong Tau Foo Bomba Taiping pada waze untuk first timer. Ikut sahaja waze, confirm akan sampai.

Share this:

,

CONVERSATION

12 comments:

  1. Pernah pi Perak dan kat sana memang banyak tempat makan best², syok!

    ReplyDelete
  2. wah..tgk gambar pun nampak sdap..:)

    ReplyDelete
  3. Menggugat keimanan betul tengok gambar makanan .. huhu..nak pegi lah

    ReplyDelete
  4. Sedapnya lahai....lama betul dah tak makan =(

    ReplyDelete
  5. nyum !! sedapnye !! rindu tepen.. lama tak g sana.. hee~

    ReplyDelete
  6. Sedapnya yong tau fu , fav kalau pergi pasar malam ahaks

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Masa mama ke Taiping dulu xtau nak Cari makan kat mana. Guna waze on xjumpa huhuu

    ReplyDelete
  8. Sejak ikut highway ni, jarang singgah taiping. Tengoklah. Maybe once i'll stop there.

    ReplyDelete
  9. Wow mengancam betul makanan dia

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. Lama tak makan Yong tau fu..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih ye makan di gerai yong tau foo kami��

    ReplyDelete