Enjoying Homemade Steamboat During Raya Haji At Tokchik's Place, Lui Muda Negeri Sembilan



Raya Haji baru-baru ni Tokchik sekeluarga ajak semua anak cucu cicit uwan datang beraya haji di rumahnya di Lui Muda Negeri Sembilan. Katanya nak buat jamuan Steamboat.  Curlass. Serve steamboat tue untuk tetamu datang beraya. Hipster sangat. Ahaks.



Sebelum maghrib lagi dah sampai Lui Muda dari Bahau. Lepas dah solat, terus proceed ke acara yang dinanti-nantikan iaitu steamboat feast. Tapi sebelum makan-makan haruslah dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh anak Tokchik iaitu Pak Akramin.



Macam-macam bahan basah dihidangkan untuk steamboat ini seperti semua jenis ball, semua jenis cake, kerang, udang, kangkung, cendawan & banyak lagi. Bila dah pilih-pilih bahan-bahan steamboat, terus masukkan ke dalam periuk nasi yang ada sup tomyam untuk direbus. Sebab tu tak susah nak buat steamboat homemade. Tak ada alat steamboat pun & just guna periuk nasi pun dah boleh buat dah. . Ada jugak hidangkan satu lagi jenis sup kalau tak nak pedas iaitu sup putih.
Makan-makan steamboat dibuat di kedai makan anak TokChik yang terletak di hadapan rumah Tokchik.




Time sedap-sedap makan steamboat, ada pulak orang kampung main mercun rocket.  Dah macam makan di restaurant high end pulak makan-makan sambil melihat pertunjukkan bunga api di awangan. Ahaks.



Berkali-kali kitaorang menambah makan steamboat ni. Sebelum balik, family Tokchik ada buat birthday celebration untuk September babies.


Memang best buat steamboat homemade sebab suasana  meriah sangat & preparation tak complicated. Lepas ni bolehlah plan buat di Bahau pulak. InsyaAllah.

Share this:

,

CONVERSATION

13 comments:

  1. Ya Allah sdapnya tengok... Bestnya!

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah dhia :)

    Bestnya dapat berkumpul sedara mara pastu makan steamboat pula ye. Nak buat juga lah hehe

    ReplyDelete
  3. Saya hanya nampak kerang dan udang.. hehehe.. Best berkumpul macam nie..

    ReplyDelete
  4. Adeh....Sedapnya nmpk..Tambah2 udang tu..Ekek

    ReplyDelete
  5. adoi ! meriahnya.. sambil makan2 sambil bertukar cerita.. hee~

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaa lama gak tak makanbsteambott

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak makan steamboat! Mmg best kalau sekali sekala dapat kumpul mcm ni :)

    ReplyDelete
  8. sejak dua menjak ini ramai pula yang buat steamboat

    ReplyDelete
  9. kalau makan steamboat..

    memang best giler..

    cuma perlu control..

    takut kena gout

    ReplyDelete
  10. Wah sedapnya steamboat homemade puas Hati makan ye

    ReplyDelete
  11. Fuhhh meriah gitu..seronok dapat kumpul layan steamboat ramai2..

    ReplyDelete
  12. terbaik ni. santai.
    selalu nyer org ber bbq kan.
    ni berstimbot. menarik.
    aida memang prefer stimbot than bbq.
    sihat. ada sup boleh hirup :)

    ReplyDelete