Short Trip To Teluk Batik: Part 2



Dah settle letak barang, terus bersiap untuk mandi-manda di pantai Teluk Batik. Walaupun boleh berjalan kaki sahaja ke pantai tapi naik kereta jugak sebab malas. Kuikuikui. Sampai sahaja pantai, Dak Zafran terus excited nak mandi. Tapi pelampung satu pun terlupa nak bawak. Tertinggal dalam bilik hotel. Kimchi terus patah balik bilik hotel nak ambil hotel.




Saya & Dak Zafran tak tunggu ada pelampung pun. Dak Zafran tak sabar sangat dah nak mandi pantai. Terus masuk berendam dalam pantai walaupun tak ada pelampung.



Agak bahaya jugak untuk Zafran bila tak guna pelampung. Dua kali jugaklah Zafran jatuh dalam air tapi tak boleh bangun sendiri.  Ni kalau saya tak monitor closely memang bahaya untuk Dak Zafran.
Tunggu punya tunggu sampai jugak pelampung. Semua jenis pelampung kitaorang bawak iaitu swim ring floatie, deluxe arm bands, inflatable float & life jacket float. Dak Zafran guna yang life jacket. Yang lain beri kepada sepupu-sepupu Zafran iaitu Imaan, Zara & Qisya.




Seronok betul Dak Zafran main air dengan guna life jacket. Mula-mula pergi ke tengah pantai lepas tu patah balik ke darat balik. Lepas tu ulang balik benda sama sampai balik. Dia duk main sorang-sorang jea. Excited dapat pergi ke tempat dalam dengan cuma gerak-gerakkan kaki tanpa tenggelam. Berguna jugak life jacket yang Kimchi bidding di Chilindo ni.



Dah senja kenalah stop mandi pantai. Ni saat-saat yang paling mencemaskan bagi saya & Kimchi. Nak suruh Dak Zafran berhenti mandi pantai yang masih lagi tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti dan penat pun. Ni paksa keluarkan dari air ni mau mengamuk ni. Kimchi terpaksa slow talk dahulu. Kalau tak jalan jugak cara ni, terpaksalah dukung bawak balik.



Slow talk punya slow talk, nasib baik Dak Zafran nak jugak balik. Phew lega. Tak perlu Kimchi dukung Dak Zafran yang meronta-ronta. Sakit bahu wooo kalau dukung time meronta-ronta ni.  Dak Zafran pun bukannya ringan macam baby baby dulu.



Esoknya plan nak mandi di Teluk Batik Resort swimming pool sebelum check out. Dak Zafran pulak tak bangun-bangun penangan kepenatan mandi pantai punya pasal. Just sepupu-sepupu Zafran sahajalah yang pergi mandi. Tak apalah at least dah mandi pantai.

Mandi di Teluk Batik memang akan memberikan pengalaman menyeronokkan sebab pantainya bersih (ini paling penting), banyak kemudahan, happening & banyak lagi. Lagi betterlah compare dengan PD. Bolehlah nak repeat lagi bercuti di Teluk Batik.

Back to Short Trip To Teluk Batik: Part 1

Share this:

, ,

CONVERSATION

3 comments:

  1. haritu pergi teluk senangin tak la ramai sangat orang & sama cantik macam teluk batik :D

    ReplyDelete