Gediks Family Layan Dak Zafran Berendam Dalam Jacuzzi Pool Di Residence Inn, Cherating Pahang: Part 1

Tahun ini, Gediks Family Day di pantai timur pulak uolsss. Sampai ke pantai timur pulak yea Gedik family vacation kali ni. Bukan purposely nak vacay di tempat jauh-jauh pun. Di area Selangor & berdekatan dengannya banyak lagi  tempat vacation yang boleh pergi. Pilih di pantai timur sebab ada wedding sepupu di Dungun.

So, dah alang-alang dah berada di pantai timur, continue stay lagi dengan organize family day pula. Tapi still tak cukup korum jugak sebab Mustaza tak dapat join. Dia kan MPP UNIMAP. Kena sentiasa bersedia untuk menerima arahan menghadiri event. Tak boleh buatlah kalau dah nama MPP.

Residence Inn, Cherating Pahang


Hotel yang dipilih untuk tempat penginapan kami ialah Residence Inn. Masa zaman sekolah dulu, kalau abah ada outstation di area Cherating & family ada ikut sekali, abah suka book Residence Inn. Suka book resort ni sebab ada swimming pool yang agak besar, ada banyak jenis & tak strict dengan swimming attire. Life guard tak kisah nak pakai apa-apa jenis pakaian pun untuk mandi di dalam swimming pool.

Residence Inn, Cherating Pahang


Abah book 2 Deluxe rooms yang sebelah-menyebelah & ada connecting door. Bilik-bilik kena separate lelaki perempuan sebab ada Hazie. Sampai & Check in resort dalam pukul 5. Ingatkan check in lambat, boleh terus masuk bilik. Tengok-tengok bilik-bilik untuk kitaorang belum siap kemas lagi. Lambat nye yang orang sebelum ni check out. Ke servis resort ni yang (fill in the blank sendirilah).

Receptionist ada offer 2 bilik lain untuk kitaorang. Yang dah siap dikemas. Still sebelah-menyebelah tapi the problem is tak ada connecting door pulak. Untuk saya & Kimchi susahlah sebab kitaorang 1 family packing pakaian & etc kami dalam satu lungage. Jenuh pulak nak kena keluar masuk bilik ikut pintu depan just setakat nak ambik barangan dari lungage.

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang


Hampir sejam jugaklah kitaorang menunggu. Dak Zafran dah merengek-rengek dah  ajak mandi swimming pool. Dia tahu ada swimming pool sebab dari lobi tak jauh dari swimming pool & boleh dengar suara riuh-rendah tengah mandi di swimming pool. Muka habis ketatlah time menunggu. Tak tahan menunggu & Dak Zafran lak hampir nak melalak bawaklah pergi jalan-jalan di tepi kolam.

Itupun still tak dapat hentikan rengetan Dak Zafran. Hampir nak bogelkan Dak Zafran & biar dia masuk dalam kolam tanpa seurat benang.  Sebelum saya meneruskan niat saya tue, ternampak bellboy dah menolak trolley barangan kitaorang  & Gediks family mengikut sekali. Maknanya bilik kitaorang dah ready untuk masuk.

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang


Ajak Dak Zafran masuk bilik dahulu. Nasib baik nak. Dah sampai bilik, tengok-tengok bilik satu lagi belum siap dikemas lagi. Satu bilik sahaja yang dah ready. Duk bersumbatlah kitaorang semua dalam satu bilik buat sementara waktu. Malas nak menunggu satu bilik lagi, cepat-cepat solat & bersiap dengan swimming attire. Bawak Dak Zafran mandi kolam.

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Mula-mula bawak Dak Zafran berendam dalam kid’s pool. Agaknya tak challenging sangat sebab cetek sangat, Dak Zafran nak mandi pool lain pulak. Bawak mandi di Jacuzzi pool. Jacuzzi pool agak dalam untuk budak-budak yang bawah 3 tahun aka tak cukup tinggi. Kalau tak ada alat keselamatan, budak-budak memang tak sesuai berendam dalam Jacuzzi pool. Nasib baik ada bawak life jacket untuk Zafran.

Bila pakai life jacket, Dak Zafran dapat berendam dalam Jacuzzi pool dengan bebasnya. Dengan ada bubbles sekali, lagilah Dak Zafran seronok mandi kolam. Tokli, Grandma, Auntie & Uncle Zafran pun join masuk dalam Jacuzzi pool jugak. 

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang


Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Adult’s pool pulak sesuai jugak untuk orang dewasa yang tak boleh berenang. Maknanya taklah dalam sangat. Kalau saya masuk dalam pool ni, airnya takat paras dada saya sahaja. Dak Zafran pun ada berendam jugak dalam adults pool. Of courselah ditemani oleh papanya.


Residence Inn, Cherating Pahang


Since dapat chek in bilik lambat, Dak Zafran dapat mandi kolam dalam sejam. Lepas tu dah nak maghrib & gelap. Time pujuk suruh keluar kolam, nasib baik nak stop mandi kolam. Tak apa, esok sebelum check out boleh mandi lagi..

Continue Reading: Gediks Family Layan Dak Zafran Berendam Dalam Jacuzzi Pool Di Residence Inn, Cherating Pahang: Part 2

Share this:

, ,

CONVERSATION

8 comments:

  1. kolam dia dan suasana dia macam dekat Legend Cherating. Ingatkan Legend tadi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..legend pun tak jauh dari Resort ni..

      Delete
  2. Replies
    1. weekend dalam RM240/night..weekday lagi murah..

      Delete
  3. Kawan mus pelek, kalau mpp ump tu dekat je..haahahahaha unimap la

    ReplyDelete
  4. wow siap ada jakuzzi lagi, memasing happy dapat berendam dalam tu

    ReplyDelete