Majlis Perkahwinan Muizz & Ikka di Negeri Jang Oh Jang

Hajjah Suppiah’s Clan join rombongan pengantin ke Negeri Sembilan pulak kali ni. Sebelum ni ke Sri Iskandar, Perak iaitu untuk kenduri Shafiq. Lepas turun sedikit ke selatan iaitu di Puchong untuk wedding Ben Firdaus. Yang latest ni turun ke selatan lagi iaitu di Negeri Sembilan pulak. Di Negeri Sembilan adalah untuk perkahwinan Muiz & Ikka.



Kendurinya adalah di rumah grandparents pengantin perempuan iaitu di Batu Kikir. Keluarga pengantin dah bermalam sehari sebelum majlis. Weolls gerak pada pagi hari majlisnya. Walaupun ada akad nikah pada paginya iaitu sebelum majlis persandingannya still sempat jugak join. Jalan Alhamdulillah tak jem especially di Bukit Putus hinggalah ke Kuala Pilah.

Sepanjang-panjang jalan di kawasan perkampungan, nampak banyak jugaklah gerai-gerai menjual hasil kampung dijual especially buah durian. Ada ternampak durian yang dijual dengan harga RM12/kg. Not bad jugaklah kan harganya. Tapi kalau compare dengan harga jual longok-longok, of courselah not so ‘not bad’.  Malangnya jual ikut timbang-timbang kemungkinan besar pupus buat selama-lamanya.. Ahaks.

Ini gambar diambil oleh Mel. Mel jea yang ada singgah beli durian.

Nak singgah beli tapi sebab nak kejar akad nikah Muiz, tukar plan singgah time on the balik. Mel singgah beli time on the way pergi. Dapatlah beberapa biji dengan harga RM12/kg. Dia memang tak sempatlah join akad nikah.

Sibuk semua nak selpie..last-last pengantin tertolak ke belakang..ahaks

Dah sampai masjid, tempat akad nikah Muiz, majlis akad nikah belum start lagi. Dapat jugak nak menyaksikan lafaz akad nikah by En Muiz. Tapi saya & kimchi terpaksa keluar masjid sebabnya Dak Zafran..time inilah kena pulak masanya dalam proses mengembangkan lagi sel-sel otaknya. apalagi.. layanzzzzz..

Rombongan baru sampai rumah pengantin

Selesai akad nikah, berehat di homestay, tempat anak-beranak maklang overnight sebelumtu. Dah dalam pukul 1pm, baru gerak ke rumah atuk & uwan pengantin. Sampai-sampai jea di meja untuk keluarga mempelai, semua terus pergi makan. Semuanya lapar. Lauk pulak perghh…negeri Sembilan sangat. Ada daging salai masak lemak cili api dengan tempoyak tu. Lagilah bertambah-tambah depa makan nasi.

Daging salai masak lemak cili api & tempoyak tue. Ni jea gambar yang ada..itupun Mel yang snap. Saya tak snap sebab tak sabar nak makan dah.ahaks

Dak Zafran macam biasa tak mau makan. Tapi nasib baiklah boleh makan kek pengantin lepas selesai acara potong kek. Dengan kek secret recipe nye lagi. Sampai 2 slice Dak Zafran makan. Dapatlah membantutkan niat Zafran untuk meragam. Ahaks.

Sesi potong kek

Sebelum balik, macam biasa bergambar dengan pengantin. Time on the way balik, ingat nak singgah nak beli durian. Tengok-tengok satu gerai pun tak ada jual durian. Dah habis.  Tapi singgahlah jugak satu gerai. Adalah depa beli buah kundang, rambutan, lemang & etc. Itik salai pun ada dijual tapi tak ada siapa  beli.

Itik salai dijual di gerai di kawasan perkampungan Negeri Sembilan

To Muizz & Ikka, Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kamu berdua. Semoga bahagia hingga ke Jannah.

Welcome to the club Muiz & wifey.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

9 comments:

  1. Selamat pengantin baru diucapkan.
    Meriahnya rombongan Hajjah Suppiah clan.

    ReplyDelete
  2. wah..durian nya banyak...btw selamat pengantin baru..

    ReplyDelete
  3. Tumpang gembira bila nampak perantin baru. Bestnya durian tu

    ReplyDelete
  4. so sweet la tengok orang kahwin.

    moga-moga bersama hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  5. cantiknya warna baju pengantin perempuan tu. :D

    ReplyDelete