Boleh Menangis Bila Makan Nasi Kambing Harimau Nangis

Mana tak menangisnya. Bila makan nasi kambing Harimau Nangis, perghhh…lembut, berjus & sedap bangatttt daging kambingnya. Rasa syahdu sangat dapat makan daging kambing yang lembut ni. Susah woo nak dapat daging kambing lembut plus sedap ni. Sekali makan confirm nak repeat lagi.

Boleh Menangis Bila Makan Nasi Kambing Harimau Nangis

Nasi Kambing Harimau Nangis ni, lokasinya di Kampung Subang. Dekat sangat dari office. Tapi baru tahu kewujudan kedai makan nasi kambing sedap ni setelah 6 tahun kerja di office. Yang introduce kedai ni adalah Afzan yang baru 2-3 tahun kerja sini. Sadis betul kan. huhu

Afzan introduce kedai ni sebab nak belanja Saya, Lina & Balqis makan tengahhari. Kitaorang tolong buat kajian assignmentnya. So, dia belanja lunch di Kedai Makan Nasi Kambing Harimau Nangis. 

Boleh Menangis Bila Makan Nasi Kambing Harimau Nangis
Lauk yang Afzan belanja; Asam Pedas Ikan Jenahak, Kambing bakar, telur dadar & sayur campur.

Untuk belanja, dia order Asam Pedas Ikan Jenahak, Kambing bakar, telur dadar & sayur campur. Asam pedasnnya pun, kuah dia pekat giloss…Ikan pulak fresh & memang sedaplah.

Boleh Menangis Bila Makan Nasi Kambing Harimau Nangis
Asam Pedas Ikan Jenahak

Time Afzan belanja ni, order kambing bakar sahaja.  Tak order yang set. Kalau set nasi kambing, akan ada sekali nasi kambing & sup kambing. Kitaorang just order nasi putih jea. Tapi still dapat sup kambing. Tauke kedai bagi free. Thanks tauke. Hehe.

Boleh Menangis Bila Makan Nasi Kambing Harimau Nangis
 Lina & Afzan taknak dah pandang kamera. Makan lagi penting. Ahaks.

Boleh Menangis Bila Makan Nasi Kambing Harimau Nangis
Mak Buyong lagilah taknak bergambar dah..fokus nak makan untuk 2 orang.hehe

Nak merasa nasi kambing, saya & lina pergi makan di kedai di lain hari pulak. Nak merasa nasi kambing punya pasal. Rasa nasi kambingnya memang tak menghampakan. Tak keras & lembut. Dan sangat sedap. Ditambah pulak makan dengan kambing bakar & sup kambing.

Boleh Menangis Bila Makan Nasi Kambing Harimau Nangis
Datang second time order nasi kambing pulak

Harganya kalau set nasi kambing adalah RM11. Yang makan Afzan belanja tue, totalnya dalam RM50 lebih. Kalau harga satu satu tak sure. Yang confirm memang tak mahallah. Nak order lauk lain pun boleh seperti kari kepala ikan & banyak lagi.

Boleh Menangis Bila Makan Nasi Kambing Harimau Nangis
Close up sedikit gambar kambingnya. Yang kambing saya dapat ni macam banyak lemak sedikit. Tapi rasanya tetap sedap

Part tak bestnya, kedai ni dibuka time siang & pada hari bekerja sahaja. Kalau nak bawak Kimchi & family makan di kedai ni, akan ada kepayahan & kesulitanlah di situ.

Lepasni, teringin sahaja nak makan kambing yang dah tahu rasanya lembut & sedap, pergi sahaja makan di Nasi Kambing Harimau Nangis masa lunch break. Tak payah pergi jauh-jauh dah. 

Share this:

CONVERSATION

19 comments:

  1. unik btul namanya nasi kambing harimau menangis

    ReplyDelete
  2. nama tu unik..tapi kenapa Harimau erk..hehehe..tgok daging pun nampak menyelerakan tu ha...terus SA rasa nak terjah..

    ReplyDelete
  3. Ala.. Kalau hari cuti, best nak try.. Hari berkerja payah sikitlah..

    ReplyDelete
  4. sedapnya nmpk asam pedas dia.. hmmm

    ReplyDelete
  5. Lapar pulak!! Adehhh... Sedapnya

    ReplyDelete
  6. Kambing bakar ke kambing sup ke memang sedap. Saya nak tengok harimau nangis, mana dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harimau tengah menyorok..harimau malu orang tengok tengah menangis..ahaks

      Delete
  7. Perghhh menangis baca, sedapnya!

    ReplyDelete
  8. perghh dah la peminat daging..sedapnya

    ReplyDelete
  9. Wah menarik nampaknya. Kena tunggu cik-abang cuti lah baru boleh terjah...

    Agaknya harimau menangis sebab kambing dah kena bedal dgn manusia hikhik...

    ReplyDelete
  10. Wah menarik nampaknya. Kena tunggu cik-abang cuti lah baru boleh terjah...

    Agaknya harimau menangis sebab kambing dah kena bedal dgn manusia hikhik...

    ReplyDelete
  11. Fuh terembes air liur mama tgk semua makanan tu

    ReplyDelete
  12. saya juga suka dengan nasi kambing.

    yang menarik ...

    kedai restoren tersebut.

    unik dan istimewa

    ReplyDelete
  13. Saya suka makan sebarang masakan berasaskan kambing. Area tu saya tau tapi kedainya saya tak tau. Kalau berpeluang lalu situ boleh juga cari kedai tu. Kalau tak jumpa boleh tanya orang yg berdekatan area tu.

    Terima kasih kongsi ni.

    ReplyDelete
  14. Kemain nama dia , harimau pun boleh nangis .. sedap betul ni haha

    ReplyDelete
  15. aduhh telan air liur akak menengoknya

    ReplyDelete
  16. mak oiii, nama boleh tahan ... harimau nangis tu...

    ReplyDelete