Percubaan Pertama Buat Sardin Roll Yang Mudah

Saya ni nak buat fancy pastry ni, malas sedikit. Fancy pastry ni yang melibatkan seni macam nak kena gulung ke, kelim ke, ukir-ukir ke, apa-apalah.  Sebab tak ada darah seni kan. Buat nanti entah apa-apa hasilnya adalah.

Tapi weekend haritu terasa nak buat sardine roll. Sebabnya ada banyak sardine lebih. Pagi Sabtu buat sandwich sardine, guna sardine tin besar. Buat sardine sandwich konon-kononnya nak habiskan roti yang tinggal. Memang roti habis pun. Tapi sardine pulak yang banyak lebih. Guna tin besar kan.


Dah nama pun tak ada tangan seni. Tu bentuk tak sama. Tapi ni percubaan pertama buat sardine roll tau. Not bad lah kan.

Tu terfikir nak buat sardine roll. Try cari resipe ni internet. Terjumpa resipe di blog Cik Epal. Since inti sardine dah ada, saya terus scroll ke part kulit. Tengok bahan yang perlu digunakan tak banyak pun & memang ada kat dapur pulak tu. Bahan-bahanya adalah tepung, margerin, garam & air sejuk.
Saya apalagi terus buatlah sardine roll untuk habiskan inti sardine.

Bawah adalah resipe Sardine Roll yang saya ikut, cara Cik Epal.

Cara masak inti sardine

1 tin sardin size kecil
2 ulas bawang putih (potong kecik-kecik)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit garam

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bawang merah dan putih sampai layu dan naik bau
Masuk cili kisar. Kacau kejap.
Pastu masuk kan sardin dan hancurkan itu sardin.
Masuk sos tiram dan sos cili. Garam sikit.
Tambah sikit air dan biar kuahnya agak kering.
Kacau bagi rata. Dah siap tutup api.

Bahan nak buat kulit
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
Sedikit garam
Air sejuk dari peti ais

Cara-cara

Gaul sikit garam dengan tepung gandum.
Pastu masuk marjerin 2 sudu besar.
Dan gaul rata dengan tangan sampai jadi macam serbuk roti.
Masukkan air sejuk daripada peti ais tu sikit-sikit. Uli sampai doh tak melekat dekat tangan, tapi jangan sampai doh terlalu lembik atau keras. Asal dia tak melekat dekat tangan tu dah alright dah.
Rehatkan kejap doh dalam 15 minit
Doh dah ready. Bulat-bulat kan dulu. Aku bulat kan adalah macam sebesar bola pingpong
Ambil satu doh dan buat muncung pada salah satu hujungnya. Bentuk akan jadi macam blender sponge tu.
Pastu penyek kan guna tapak tangan
Dan roll nipis guna roller
Letak inti sardine
Yang bahagian atas yang meruncing tu kelarkan guna pisau. (Nak lebih faham, boleh rujuk di blog cik epal dengan klik SINI)
Mula-mula tutup bahagian sardin tu
Pastu picit-picit sikit keliling dia
Pastu gulung perlahan dan ketat
Last sekali tutup bahagian tepi dia. Picit sikit dengan tangan
Dah siap semua, boleh goreng

Sebelum goreng

Satu adunan, dapatlah 8 biji sardine roll. Nak buat satu adunan boleh tahan jugak lenguh tangan. Especially part nak rolling, picit bagai tu. Salutelah makchik-makchik yang buat banyak-banyak untuk jual kuih.

8 biji ni sekali hadap jea. Next time kalau nak buat kulit sardine roll, tak buat kot cara cik epal . Maybe guna cara lebih simple iaitu lipat biasa sahaja.  Ada nampak resipe sardine roll di internet yang kulit cuma lipat sahaja. Lenguh tangan woo nak gulung, picit bagai ni. Huhu. Apapun, tetap puas hati makan air tangan sendiri.

Share this:

,

CONVERSATION

13 comments:

  1. Tak pernah lagi buat sardine roll jenis macam ni..kalau SA x tau la apa jadi ni...ni dah cantik molek dah ni kejadiannya

    ReplyDelete
  2. wah! elok la tu sardin nya..kalo saya da penyet jadinya hahah

    ReplyDelete
  3. He.. slalu sy buat karipap sardin reben tu je. Cmne nak bg minyak terkuar dr dough ye?
    Nak share resepi mee hailam. Jom cuba!
    http://www.nafisahmusa.com/2018/02/resepi-mee-hailam-mudah-untuk-ibu.html?m=1

    ReplyDelete
  4. Cantik dan berseni juga sardin roll tu. Zumal pernah buat gulung dengan roti jer tapi sakit hati bila goreng je roti tu terbuka...

    ReplyDelete
  5. Tahniah > https://belogsjm.blogspot.com/2018/03/senarai-peserta-dan-pemenang-birthday.html

    ReplyDelete
  6. tangan tak berseni pun still cantik macam tuan punya badan :P

    ReplyDelete
  7. Suka sardin... apatah lagi sardin roll ataupun karipap inti sardin tapi nak buat tu yang leceh, tau makan je!

    ReplyDelete
  8. wah sedap nih, akak suka makan kalau dekat dah mintak 2,3 ketul hehehe

    ReplyDelete
  9. Selalunya ika buat yg simple je. Lawa pulak siap ada bentuk. Sayang nak makan kalau buat lawa lawa hehe.

    ReplyDelete
  10. memang hancur shu kalau bab gulung ni, tapi kalau ada acuan, laju hahaha :)

    ReplyDelete
  11. yang radhia buat ni cantik, siap ada toreh toreh lagi kulit doh... mrs pip mmg jenis malas nak buat doh cantik, just wrapping je lah sardin tu, then goreng ... hehe.

    ReplyDelete
  12. haha kalau zati yang buat ni hancuss dah hehe..

    ReplyDelete