Wajib Singgah Makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak Bila Di Cherating, Pahang

Memang tak pernah miss singgah makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak bila berada di Cherating, Pahang. Kalau tak singgah makan kudapan-kudapan ni, confirm akan menyesal di kemudian hari. Rasa menyesal sampai tidur pun tak lena, mandi tak basah & makan tak kenyang. Begitu sekalikan penangan kudapan ni. Kikiki.

Garing sangat sampai kulitnya merekah-rekah. Tapi isinya lembut giloss. Makan dengan dicicah homemade sos keropok lekor

Kudapan yang paling wajib dimakan adalah yang keropok lekor fresh yang baru lepas diuli, digoreng & dihidang panas-panas.  Keropok yang digoreng oleh orang kedai ni, memang tak akan sama yang kita goreng. Keropok yang digoreng oleh depa sangat lembut di dalam & garing di luar.

Makan dulu

Orang luar try lah goreng macam mana pun, guna minyak betul-betul panaslah, etc , tapi still tak sama.  Tak dapat rasa sesedap makan di kedai ni. Padahal beli keropok lekor mentah dari kedai yang sama jugak tu. Apalah secret cara mengoreng diaorang ni.

Selain keropok lekor, wajib jugak makan otak-otak & satar. Isinya memang fresh & rasanya sangat sedap.  Nak beli yang otak-otak & satar frozen, boleh juga dibeli di kedai ni. Keropok lekor mentah pun sama.

 Otak-otak

Satar. Dua-dua dalam plastik sebab beli di kedai lain. Kedai keropok lekor kitaorang makan ni tak jual satar & otak-otak

Saya tak ingat apa nama kedai yang saya makan ni. Betul-betul di sempadan Terengganu-Pahang ni memang ada berderetlah kedai-kedai keropok lekor ni. Pilih jea mana-mana kedai untuk singgah makan. Rasa & kesedapannya, semuanya sama.

Deretan kedai/warung keropok lekor di sempadan Terengganu-Cherating. Kenapa saya cakap di sempadan. Jalan ke depan sedikit dah nampak pintu gerbang nak masuk Terengganu.

Kalau ada pergi lagi Cherating ataupun Terengganu pun sama, memang akan singgah makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak. Kalau tak singgah, mahu kerja menangis di bucu katil jea.kuikuikui.

Share this:

, ,

CONVERSATION

13 comments:

  1. uwaa..keropok lekor..nak jgk..:)

    ReplyDelete
  2. Kalau ray dlu selalu pegi satu warung called aziz satar dekat terengganu. seriously that place daboomm!!!!

    ReplyDelete
  3. Zumal suka sangat sata tu... Tetiba jadi favret sejak berkunjung di Terengganu sejak 15 tahun dulu

    ReplyDelete
  4. Pernah singgah cni. Memang sodap.

    ReplyDelete
  5. Wah.. sedapnya.. rasa nak balik kampung sekarang

    ReplyDelete
  6. Tengok tajuk je dah rasa nak cari keropok lekor dan otak2 sekarang jugak. Huhu

    ReplyDelete
  7. lama dah tak jalan-jalan area sana.. rindu

    ReplyDelete
  8. Pernah singgah gerai macam ni masa kat Kemaman..best betul memborong...

    ReplyDelete
  9. susahnya nak dpt keropok lekor sedap kat tmpt mrs pip ni ...

    ReplyDelete