Dapat Je Gaji Terus Lunch Nasi Arab Di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Dah dapat gaji, apalagi saya & Lina teruslah plan nak lunch di restoraunt fancy fancy ni. Restaurant yang dipilih oleh kitaorang sempena hari baru masuk gaji ialah Restoran Aroma Hijrah. Nak makan nasi arab weii..



Masuk-masuk jea Restoran Aroma Hijrah, terasa di negara arab. Interior design nya berkonsepkan middle east. Lina cakap restaurant ni famous. Kalau nak makan semasa hari cuti, kena booking awal. Kalau setakat walk in jea, sama ada kau kena tunggu like forever. Takpun kau diarahkan pulang. Ok, ayat second & last ni saya reka sahaja yea. Hehe. Tapi memang betul kena booking dahulu supaya tak perlu queue lama.

Lina order minuman Hot Mint Tea

Saya pilih untuk makan Shih Touk Kabsah Rice. While Lina order Shawarma Chicken With Fries. Shih Touk Kabsah Rice ni, rasanya oklah.

Shih Touk Kabsah Rice ni, portion nya memang banyak. Janganlah mengedik order dessert sebab tak akan larat dah nak makan selepas makan Shih Touk Kabsah Rice ni. Tapi kalau setakat satu plate dessert jea, then share ramai-ramai, bolehlah nak order.

Untuk rasa, bagi saya oklah. Tak adalah rasa pelik-pelik sampai tak boleh telan. Harganya RM20.14.

Shih Touk Kabsah Rice

Yang Lina punya pulak iaitu Shawarma Chicken With Fries macam kebab. Rasa pun lebih kurang macam kebab. Harganya RM14.30.

Shawarma Chicken With Fries 

Lepas makan nasi arab, sambung balik buat kerja di office. Ni yang susah ni. Nak buat kerja tapi mata dah berat sebab kekenyangan makan nasi arab. Bertahan sahajalah untuk 4 jam lagi. kuikuikui.

Share this:

,

CONVERSATION

15 comments:

  1. ya Allah sedapnyaaaaaaaaa bila nak gaji ni T_____T

    ReplyDelete
  2. Perut kenyang, mata pun ngantuklah ye tak.. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. perghhhhh
    nampak sedap lah

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..reward diiri kita.. Insyaa Allah kita lebih menghargai usaha sndiri kelak.

    ReplyDelete
  5. eh dah lama tak lunch dekat sini. selalunya order ikan dia sebab sedap

    ReplyDelete
  6. Kenapa...kenapa la SA baca entry ni time ni haaaa...lapar dah berkeroncong perut..sabar la duhai hati

    ReplyDelete
  7. Hmmm sedapnya. Dah lama tak makan nasi arab...

    ReplyDelete
  8. sedap nih pernah juga makan dekat sini dulu

    ReplyDelete
  9. Tergugat bila tengok kaubshah rice tu . Berasnya panjang2

    ReplyDelete
  10. Ika pernah makan dekat sini. Memang sedap nasi arab dekat sini. Hehe. Terliur pulak bila ingat :)

    ReplyDelete
  11. wahhhh... bila nak gaji ni. hihihi

    ReplyDelete
  12. sesekali layan tekak apa salahnya ... tapi kalau hari2 boleh sengkek juga ni, since harga sepinggan pun dh cecah belasan ringgit ...

    ReplyDelete
  13. adduhh sedap nya.. terliur tengok! lambat nya tunggu husband gaji hehe.. walaupon mahal tapi sekali sekale x salah hehe

    ReplyDelete