The Story Behind Mak & Abah Advanced 53rd Birthday Celebration At Grellas Cabin, Subang Dua

Mak & Abah bukan setakat lahir pada tahun yang sama, bulan pun sama jugak iaitu pada bulan Mei. Cuma haribulan sahaja yang tak sama. Mak lahir pada 17hb while abah pada 23hb.



Masuk sahaja bulan Mei, cepat-cepat plan buat birthday celebration serentak untuk mak & abah. Combine senang. Pastu tak payah tunggu 17 Mei. Sebabnya kalau nak tunggu 17 Mei, dah masuk bulan Ramadhan. Lagi satu, saya ni tunggu masa sahaja dah nak meletup. EDD second child saya pun jatuh pada 17 Mei.

Tapi nak buat awal pun susah jugak. Dak Mus & Farid kan tinggal di perantauan. (perantauanla sangat). Sorang di Perlis, sorang lagi di Labuan. Kena tunggu diaorang balik dululah, baru boleh buat celebration.

Semuanya ada pada 10 Mei

Tunggu punya tunggu, balik jugak budak dua orang ni. Dua-dua nak balik untuk PRU14 yang jatuh pada 9 Mei. Pada 9 Mei, semua keluarga asal Godiks ada di PJ. Masalahnya yang family addition pulak tak ada iaitu Kimchi, Dak Zafran & Hazie. Masing-masing balik kampung halaman untuk mengundi. Dak Zafran ikut Kimchi. Tak dapat jugak satu family lengkap nak buat advanced birthday celebration untuk mak & abah pada 9 Mei.



Nasib baiklah 10 Mei, Hazie & Kimchi dah balik PJ semula. Ikutkan Kimchi nak jea stay di Taiping sampai Ahad. Sama macam kakaknya, Enal. Tapi bininya tunggu masa sahaja nak meletup. Tu yang tak dapat nak stay lama-lama.

Akhirnya dapat jugak celebrate advanced birthday celebration untuk Mak & Abah pada malam 10 Mei. Dapat juga sambut sebelum saya meletup dan juga sebelum bulan puasa. Tempat yang dipilih untuk meraikan birthday mak abah adalah di Grellas Cabin.


Interior Deco di Grellas Cabin

Grellas Cabin adalah sebuah hipster restaurant yang menyajikan makanan-makanan western. Berlokasi di Subang 2. Sampai-sampai sahaja Grellas Cabin, terus terlihat kedai berbentuk kabin. Dah nama pun Grellas Cabin kan.

Sampai dalam pukul 8pm, kedai ni dah penuh dengan pelanggan. First impression dah baik di situ. Ramai orang datang makan, maknanya makanannya sedap.

Kitaorang order menu tak sama. Biar dapat rasa macam-macam. Menu yang di order adalah Grilled Chicken, OMG (ada semua iaitu lamb chop, chicken chop, meatball, hotdog & egg), lamb burger, grilled chicken & sausage, lamb chops & Crispy Chicken Burger. Abah yang pilih grilled chicken, tambah lagi dengan combo nasi. Biasalah abah mana boleh tak makan nasi.

 Grilled Chicken and sausage

Combo Nasi. Wajib order oleh Abah

Nugget & Fries untuk Dak Zafran

Lamb Chop

Ok, sampai masa untuk komen rasanya. Yang saya order lamb burger, memang tidak mengecewakan rasanya. Daging grilled lamb sangat lembut. Ditambah pulak ada slice cheese yang mencair dalam burger. Lagilah perghhh rasanya.

Lamb burger

OMG pula portion nya sangat banyak. Boleh makan hingga tiga orang. Yang ordernya Hazie. Dia kongsi of course dengan lakinya lah iaitu Payed. Rasanya pun daging lamb sangat lembut. Tak liat. Sos nya macam manis sedikit tapi still sedap. Tak adalah rasa yang pelik-pelik sampai tak boleh makan. Meatball pun tak kuat rasa lembunya.  Sedap dimakan.

OMG

Yang lain-lain pun sama, semuanya sedap. Confirm akan repeat makan di Grellas Cabin lagilah. Lepas tu pulak dah dekat dengan Saujana. Confirm akan datang lagi. Cuma bukan dalam masa terdekatlah. Yeala dah nak meletup dah kan. Hehe.

To Mak & Abah, Happy 53rd Birthday to both of you. May both of your dreams come true and may both of your birthday full of joy & excitement.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

13 comments:

  1. Happy advance bday to your parents Dhia. Moga sihat selalu hendaknya.

    Bday anak bongsu akak sama dgn your dad. She'll turn 2 soon.

    Have an easy & smooth labor insha Allah.

    ReplyDelete
  2. Menarik tempat dan menunya. Ada peluang nanti nak juga berkunjung. 😊

    ReplyDelete
  3. menu dia, mengancam, macam best kalau nak bawak family ni

    ReplyDelete
  4. happy besday , moga d rahmati Allah selalu

    ReplyDelete
  5. Erm..sedapnya lamb burger tu. Anyway, happy 53rd birthday untuk parent ye :)

    ReplyDelete
  6. Happy birthday utk Makcik dan Pakcik. Semoga terus kekal hingga jannah

    ReplyDelete
  7. Wah menunya sangat menggoda. Terliur zumal. Happy birthday untuk ayah dan ibu Radhia...

    ReplyDelete
  8. huissshhh... terliur tengok gambar makanannya.. abah akak sama dengan abah saya.. mana boleh kalau tak ada nasi..

    ReplyDelete
  9. ya Allah..knapa sedap sangat makanan itu.ohh..tidaakkkk..hihi

    ReplyDelete
  10. happy birthday mak dan abah

    ReplyDelete
  11. Waaaa gambar makanan tu memang menarik perhatian.. Banyak ya celebration bulan Mei~

    ReplyDelete
  12. Bila masing-masing duduk jejauh, memang bukan senang nak berkumpul.. Apa pun, Alhamdulillah.. Berjaya juga plan celebration..

    ReplyDelete