Seminar Di Le Meridien Putrajaya Punca Harapan Untuk Turun Berat Badan 8KG Musnah



Memang musnahlah harapan untuk diet bila dapat makan sedap-sedap di seminar anjuran Agilent ni. Lagi mustahil berat badan nak turun bila makan sampai tiga kali dan makanan yang dihidangkan ada pelbagai jenis. Senang cakap ada buffetla.

Morning break

Sampai-sampai nak mendaftar pada pukul 9am, peserta seminar diberi breakfast iaitu ada kuew tiaw goreng and kuih-muih. Tapi saya tak sempat nak makan sebab makanan dah nak habis. Lagipun pukul 9am tu seminar sudah nak bermula.

Ingatkan next makan masa lunch nanti. Rupa-rupanya ada morning break. Morning break bukan makan yang ringan-ringan ja. Ada Nasi goreng, pastry, buah-buahan, sandwich dan satu lagi macam rasa fishball gitu. Dapat pulak sit yang best iaitu di tepi kolam. Rasa syok je . Haaa.Bilik seminar kali ni betul-betul bersebelahan dengan swimming pool.

Bilik seminar bersebelahan dengan swimming pool

Lepastu seminar sambung balik hinggalah pukul 12pm. Organizer beritahu semua peserta boleh menikmati di lunch buffet Le Meridien punya dining restaurant iaitu di Latest Recipe. Buffet di Latest Recipe. Dah pernah makan sekali buffet pada tahun lepas. Semasa attend agilent seminar jugak. Boleh baca dengan klik SINI.





Disebabkan saya ni crazy sangat dengan dessert, maka gambar yang diambil banyak pada dessert. 

Buffetnya my gawdd.sama macam tahun lepas.memang akan rambang mata. Tak tahu nak makan satu dulu. Latest Recipe Restaurant ni ada lima bahagian iaitu ada Malay, Chinese, Indian, Japanese and Western. Setiap bahagian menghidangkan lebih lima jenis makanan. Itu belum campur lagi bahagian air, dessert, seafood, sup, buah-buahan, abc, chocolate fountain, salads dan banyak lagi.

Noodle section

Indian cuisine section

Itulah penyebab lambat lagi berat badan 8kg nak boleh turun. Tak berhenti makan weii. Banyak kali round ambil makanan. Itupun nasib baiklah tak ada tea break sebab seminar habis pukul 3pm. Kalau tidak, hmmm tak taulah nak cakap apa. Ahaks.


Ada seminar yang saya pergi, dapat jumpa dengan member lama.especially satu course zaman UKM dulu.

Tak apa, tak payah rasa menyesal sebab makan banyak. Benda dah lepas tak usah dikenang. Lagipun bukannya selalu pun Agilent organize seminar di Le Meridien Putrajaya.

Orang kata tips nak nampak kurus dalam gambar, ambil gambar sampai separuh badan. Tak apalah tak nampak kurus pun. Dah memang lebar. Nak buat acano. Naik 8kg kot. Diet diet nanti effect ke BF pulak. tak maulah perkara tersebut terjadi.

Buffet di Latest Recipe Restaurant sememangnya adalah buffet terbaik yang saya pernah pergi so far. Tak pernah mengecewakan dari segi kepelbagaian jenis makanan dan juga rasa. Tak menyesal makan buffet ni walaupun memberi kesan jangka masa panjang terhadap diet saya. huhuhu.

Share this:

, ,

CONVERSATION

14 comments:

  1. wow sedapnya semua makanan tu.. mmg tkleh diet la kalau cmtu

    ReplyDelete
  2. amboiii menjamu perut ye ,tak pe laa balik kang pergi jogging eh hahahah

    ReplyDelete
  3. hahahahhahha ! sedap betul tuuu desert desert dia

    ReplyDelete
  4. kalau macam ni, memang diet kelaut dalam laaa hihi

    ReplyDelete
  5. Pergh!! Dia punya dessert je boleh membuatkan berat naik mencanak-canak.. Hahaha..

    ReplyDelete
  6. huwaaa tak kuat nak control makan bila jumpa makanan cmni

    ReplyDelete
  7. Kalau macamni gaya makanannya memang tak payah fikir dietla, makan dulu menyesal kemudian je :D

    ReplyDelete
  8. Kalau sedap camtu buat² lupa jelah kat diet, hahahaa!

    ReplyDelete
  9. menggoncang iman tgk coklat tu

    ReplyDelete
  10. alaaa sket je pun.. balik kang lari la setempat.. hahahha

    ReplyDelete
  11. Patut la, menunya pun sangat menggoda...

    ReplyDelete
  12. sy amat memahami keadaan ini dan kalau sy di tmpt yg sm sy pn mcm ni jg waaaaaaa

    ReplyDelete
  13. Pergi seminar macam ni memang best. antara sebab saya suka pergi seminar (bukan suka sangat pun) adalah dapat makan makanan yang sedap sedap.

    ReplyDelete