Menginap Di Nova Highlands Resort and Residence, Cameron Highland │Hasil Tebus Point Kad Kredit



My SIL dapat free penginapan dua malam di Nova Highlands Resort and Residence. Dapat penginapan free hasil dari redeem point credit card nya. Best betul credit card ni. Salah satu hadiahnya, boleh tebus penginapan di hotel tu. Hotel yang best pulak tu.  Bukan hotel cap ayam tau. Kalau salah satu adalah hadiah hotel, mesti hadiah yang lain-lain pun gempak jugak especially kalau redeem point terkumpul yang sangat banyak.

Ok, macam nak promote pasal kredit kad enal pulak. Haha. Sebab tu taknak sebut kredit card bank mana. Nanti buat entri review free pulak untuk bank tu. Ahaks. Nak tahu bank mana, cari sendirila yea. Bank yang menawarkan hadiah tebus nilai best-best.



Memang tak dapat dinafikan hotel ni memang best. Enal pulak dapat 2 bedroom suite. Ada dua bedroom, kitchen, living room, balcony & bathroom. Sangat-sangat luas. Boleh muatlah kalau satu keluarga mertua join. Tapi yang berpeluang join just family saya, of course enal sekeluarga, mak , abah dan  mimi.



Katil di dua-dua bilik adalah queen size. Ada almari dan juga meja solek.




Balcony pulak, menghadap permandangan gunung-ganang. Sambil menikmati permandangan dari balcony, dapat juga merasai tiupan angin gunung. Sangat sejuk. Sampai pintu balcony tak boleh terbuka lama. Nanti angin masuk dalam bilik sampai bilik jadi sejuk. Dahlah dalam bilik tak ada heater kalau nak bagi panas balik.



Mini kitchen ada microwave dan juga peti sejuk. Kalau cakap pasal kemudahan yang disediakan di dalam bilik, memang tiptop. Hampir lengkap.




Untuk breakfast, kami decide untuk makan di hotel café. Café ni ada dua ruang. Satu close space satu lagi open space. Open space ni dapat merasai tiupan angin dari luar sambil melihat pemandangan gunung.



Breakfast yang disediakan adalah buffet. Pilihan yang ada almost sama macam breakfast di hotel-hotel lain, iaitu ada toast corner, salad corner, nasi goreng, egg corner dan etc. Yang bestnya siap ada roti canai corner tu. Not bad jugak rasanya. Dak Zafran pun makan roti canai ni.







Hotel ini boleh terus access ke shopping mall iaitu Cameron Square. Di Cameron Square juga ada 3D Museum. Haa satu lagi Enal pun empat tiket free untuk masuk ke 3D museum. Ia adalah complimentary ticket dari hotel.

Hotel ini pun terletak di lokasi yang strategik. Sebab apa saya cakap macamni. Sebabnya sangat dekat dengan Kea Farm. Kea Farm yang syurga hasil tanian segar tu. Yang  menyebabkan jem dari Brinchang tu. Kea Farm ni la. Dari hotel just jalan kaki sahaja. Tak payah susah-susah nak pergi Kea Farm .

Bagi saya servis dan kualiti di nova highlands resort and residence memang terbaik. Kalau nak cari kedamaian hati pun boleh. Sebab boleh lihat permandangan yang cantik dari bilik. Saya bagi lima bintang untuk hotel ini.

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

10 comments:

  1. nampak selesa penginapan ni :)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan sis..seronok kan dapat penginapan free,tempat cantik sejuk waah bahagianye.. ;)

    ReplyDelete
  3. Kalau datang keluarga besar, memang selesa penginapan nie..

    ReplyDelete
  4. Bestnya redeem poin dapat penginapan percuma.
    Hotel pun menarik double of joy ni

    ReplyDelete
  5. mmg best kalu part2 redeem ni... kn plak dpt redeem hotel mcm ni kan... berbaloi2.. tampak mewah n selesa

    ReplyDelete
  6. baru bercuti dekat cameron haritu, masih teringat lagi..wah cantik resort dia

    ReplyDelete
  7. Wah bestnya, dapat gi Cameroon..menikmati angin sejuk

    ReplyDelete