Kemuncak Geng Legend Family Day Di Mutiara Alai Homestay, Melaka │Part 1

Ketibaan ke Mutiara Alai Homestay, Melaka adalah yang paling dinantikan-nantikan oleh Geng Legend tak kira mak ke pak.  Yang paling tak sabar budak-budaklah. Sebabnya di homestay inilah akan adanya aktiviti-aktiviti bertemakan family day. Potluck, BBQ dan juga aktiviti sukaneka among geng legend.


Budak-budak lah paling seronok sebabnya tak lain tak bukan ada swimming pool. Budak-budak ni dari Kat Pantai Klebang dah duk geram dengan air. Ni swimming pool, lagilah budak-budak tak sabar nak main air.



Mak pak especially pak-pak lah rehat dulu. Prepare apa-apa yang patut. Petang nak main game. Malam pulak ada aktiviti BBQ. So, kena set up barang-barang. Ada yang tak cukup, pergi beli kat kedai.



Untuk game aka sukaneka, sepatutnya lebih focus kepada budak-budak. Tapi semuanya tak dapat nak lawan godaan swimming pool. Ditambah pula dengan cuaca panas masa tu. Memang habis semua anak-anak masing, dah selamat masuk dalam swimming pool.  


Jadi mak pak ajealah main game. Sebelum main game, isi perut dengan makanan potluck. Ada bihun goreng, buah dan dessert. Settle makan, baru mula main game.


Sukaneka ni aduhai. Yealah sukaneka yang patut kids yang join. Tapi ni orang dewasa. So, boleh imagine lah gelagat masing-masing main game. Rasanya lebih gelak dari main. Kahkahkah.
Game yang kitaorang ada main terbahagi kepada beberapa kategori iaitu pak sahaja, mak sahaja, laki bini dan berkumpulan pun ada. 




Game yang paling lawak yang lebih gelak jea ialah yang kategori berkumpulan iaitu game gorilla. Game ni kena compete antara dua kumpulan. Apa yang nak kena buat ialah kena lari sambil kepit bola yang boleh tahan besar di antara paha. Sebab apa lawak. Imaginelah gaya badan bila kena kepit bola. Pastu pulak kena berlari laju sebab tak mau kalah. Time tu terserlahlah kehuduhan pasangan masing-masing berlari mengengkang-gengkang. Hahaha



Habis mak pak main game, still buat juga dua game untuk budak-budak. Takut pulak diaorang monyok nanti bila dapat tahu tak ada game untuk diaorang.  Panggil tu budak-budak suruh keluar dari swimming pool.


Lepas kena panggil terus diaorang keluar. Memang diaorang looking forward untuk main game. Game nya mula time dah maghrib. So, sempat main dua game sahajalah.



Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Wah.. best homestaynya.. Ada swimming pool.. kikiki.. aksi mak pak tu yang menarik..

    ReplyDelete