Majlis Pertunangan Mimi & Adi Dengan Tema Songket & Kurta Maroon

Bila adik ipar bongsu yang tinggal dia seorang jea belum yang berkahwin lagi, telah mengambil langkah mengakhiri zaman bujang, adik-beradiknya yang lain apalagi memang excitedlah nak preparation yang terbaik untuk majlisnya. Termasuklah ipar-iparnya sekali tumpang excited.



Maksud prepare terbaik bukanlah grand sampai mengunakan kos yang tinggi. Tak grand tapi boleh meriah. Tak guna kos tinggi tapi still nampak berseri dan stunningzzz.


Macammana majlis pertunangan mimi & adi yang diadakan pada raya kedua boleh jadi meriah dan berseri. Kami sekeluarga mengenakan busana yang sama tema. Kaum perempuan mengenakan songket maroon, yang lelaki pula tema kurta maroon dan seluar hitam. Dak Zafirah pulak pakai gown maroon.



Pelamin pertunangan bertemakan garden dan warna off white. Busana pertunangan mimi warna grey. Bila warna grey bergabung dengan warna maroon dan background offwhite, fuhhh dalam gambar cantic gilosss. Naik seri sangat. Combine tema tradisional (baju keluarga) dengan tema garden (pelamin dan hantaran) pun nampak menjadi.

 


Gambar pulak mimi upah photographer yang pro untuk ambil. Memang semua gambar pertunangan mimi cantic-cantik. Tak ada defect langsung. Bolehlah cuci untuk  di frame kan dan dijadikan official gambar raya tahun ini since raya first tiada photoshoot. Photographer yang patut ambil gambar time raya first nya tak available. 





Adik ipar dan tunangnya ikat tali pertunangan selama setahun. InsyaAllah melangsungkan perkahwinan tahun depan. Kami berdoa segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Aaminn.

Share this:

CONVERSATION

6 comments:

  1. Cantiknya! Bakal pengantin juga kaum keluarga. The photos look amazing. Tahniah!

    Selamat hari raya Dhia.

    ReplyDelete
  2. Cantik temanya...tahniah..mabruk alaikuma

    ReplyDelete
  3. selamat bertunang.

    cantik la gambar yang ditangkap

    ReplyDelete
  4. wahhh tahniah! nampak berseri semua bila semua bersongket

    ReplyDelete