Cara buat Apam Kampung Mudah dan sungguh enak dimakan begitu sahaja

Memang betul pun apam kampung sungguh enak dimakan begitu sahaja. Tak ada disalut dengan kelapa pun still rasa sedap jugak. Tu guna tagline gardenia tu. Roti gardenia tak payah sapu apa-apa sedap dimakan begitu sahaja. Apam kampung tak disalut kelapa pun sama. Sebab sangat lembut dan sedap.



Cara nak buat apam kampung sangatlah mudah. Resipenya adalah seperti di bawah.

Bahan-bahan

3 cup tepung gandum
Bahan A
1/2 cup gula merah
1/2 cup gula pasir
1 1/2 cup air

Bahan B
1/2 cup air suam
1/4 yis
1/2 tsp gula

Cara-cara
1. Campurkan bahan B. Biarkan hingga berbuih. Jika tak berbuih, maknanya yis tak hidup. Kena make sure dapat yang berbuih.
2. Campurkan bahan A. Kacau hingga larut.
3. Campurkan tepung, bahan A dan B. Kacau hingga sebati
4. Biarkan selama 3jam
5. Kukus selama 25 minit

Kalau dimakan yang disalut denga kelapa, of course bertambah-tambah lagi keenakkannya. Just in case tak ada kelapa di rumah, masih lagi boleh buat apam kampung. Dan masih lagi enak dimakan.. Anak saya, Dak Zafirah suka makan yang tak disalut kelapa.

Kalau nak salut kelapa, just gaul kelapa putih dan garam secukup rasa. Kelapa ni digaul dengan kuih apam yang dah dipotong. Apapun apam dengan ada dan tidak disalut kelapa, kedua-duanya sedap dan enak.

Share this:

CONVERSATION

6 comments:

  1. sedapnya apam kampung...lama x makan...suka gaul kelapa banyak2

    ReplyDelete
  2. sedap ni sis, tapi tu lah saya buat selalu tak kembang, tu yg rasa nak berputus asa je.

    ReplyDelete
  3. rajinn tuuu buat apam gebu., ;p

    ReplyDelete