Cara buat Akok Guna Acuan Muffin

Akok adalah kuih yang berasal dari Kelantan yang memerlukan acuannya tersendiri untuk membuatnya. Bila guna acuannya akan dapat bentuk bujur. Jadi, kalau tak ada acuan buat akok ni, tak boleh buat akok ke.



Still boleh jea nak buat. Kalau tak ada acuan akok, boleh guna acuan buat muffin. Ada bahan-bahan buat akok, ada acuan buat muffin dapatlah menghasilkan akok. Just tak dapatlah bentuk signature akok iaitu bujur. Guna acuan cupcake dapat bentuk bulatlah. Tapi rasa tetap sama.
Nak tahu cara buat akok, senang sahaja resipenya. Boleh refer di bawah.



Cara buat Akok

Bahan-bahan
5 biji telur
30g tepung gandum
200ml pati santan
100ml air
100g gula melaka
2 helai daun pandan disiat
Secubit garam

Cara-cara
1. Gula Melaka dicairkan dalam air dan dimasak sehingga mendidih. Selepas mendidih, sejukkan.
2. Masukkan santan ke dalam gula Melaka. Kemudian telur, tepung dan daun pandan.
3. Tapis adunan ni.
4.  Masukkan ke dalam air gula Melaka. Selepas kacau hingga sebati, tapis.
5. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan sehingga penuh.
7. Bakar selama 10 minit  pada suhu 200°C atau sehingga masak.

 adunan dituang ke dalam acuan muffin


Walaupun tak guna acuan khas akok, still cantik jea kejadiannya dengan guna acuan muffin. Rasa pun sedap. Lembut jea. Boleh buat sendiri sahajalah akok ni.

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. dari dulu nak buat tapi belum berpeluang lagi. hehe

    Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

    Giveaway by ejulz & mamapie

    ReplyDelete
  2. wah menarik! x pernah lagi shida buat kuih akok ni :)

    salam kenal dr shida :)

    ReplyDelete
  3. very Nice,

    If you like a healthy food, kindly check site : https://www.dietfs.com/

    ReplyDelete