Resepi Kuih Karipap Mudah & Confirm Jadi

Kuih karipap ni kalau dibuat dengan resepi yang betul, confirm sedap dimakan even dah sejuk pun. Kalau dimakan panas-panas lagilah. Boleh sekali hadap sampai sampai berketul-ketul. 

Resepi saya nak share adalah resepi mak saya. Memang confirm jadi dan sedap guna resepi maka saya ni. Tanpa buang masa saya share resepi karipap mak saya.


 

Bahan-bahan pastri

6 cawan tepung gandum

2 senduk minyak masak

2 sudu besar marjerin

1 sudu kecil garam

1 1/2 - 2 cawan air

Bahan-bahan Inti

1/2 kg ubi kentang

8 ulas bawang besar (kisar)

3 ulas bawang putih (kisar)

1 1/2 sudu besar rempah kari

sedikit lada + garam + gula

2-3 ketul ayam bahagian isi dipotong dadu

Cara-cara

1. Minyak kena panaskan. Then kena campur bersama-sama marjerin. Selepas marjerin dah cair tuang ke dalam tepung. Campurkan garam dan air. Air kena campur sedikit demi sedikit. Uli bersama-sama sehingga lembut.

2. Untuk buat inti pula, tumis bawang, rempah, lada.

3. Masukkan ayam. 

4. Masukkan pula ubi, air sedikit, garam dan gula.

5. Gaul hingga kering. Dah kering, biarkkan hingga tidak panas.

6. Last sekali, doh boleh dicanai dan dimasukkan inti. Kelim hingga panas dan goreng hingga kering.


Mudah jea nak buat karipap. Part yang memerlukan skill sedikit adalah kelim. Tanpa bila dah banyak kali buat, cantiknya hasil kejadian kelim nanti. Practice make prefect kan. So, cepat-cepatlah cuba buat karipap follow resepi mak saya ni


Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. Sekarang simpan stok yang frozen aje

    ReplyDelete
  2. nyam nyam sedapnya. sy nak wat sendiri entah bila kejadiannya. hehe. Jemput join my GA ya! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  3. Tq resipi ...ummi nk try nanti..geram tgk org buat karipap rs sedap..

    ReplyDelete