Bersantai, Mandi Kolam & Sambut Hari Jadi Di Rumah Pertama Mimi & Adi Selepas Kahwin

PKPB di negeri Selangor kembali semula. Bila dah namanya PKPB most of tak ada most of lah. Semuala aktiviti social tidak dibenarkan semula. Terjadi PKPB balik sebab Covid 19 menyerang aggressively rakyat semula. Ini adalah gelombang serangan Covid 19 yang ketiga. 


 

Sedih sedih. Baru ingat nak bawak budak-budak jalan-jalan bila Zayden dah cukup 6 bulan. Yela bila Zayden dah start makan solid food, badan dah kuat sedikit. Even ubat pun dah boleh makan kalau sakit. Masa Zayden dah nak cukup 6 bulan, kes Covid dah semakin pulih. Kes tempatan pula ada beberapa hari mencatatkan kes sifar.

 

Tapi ngam-ngam Zayden masuk 6 bulan, terjadinya gelombang ketiga pulak. Malah lagi teruk dari gelombang kedua. No commentla mengenai punca gelombang ketiga tu. So, batalkan ajelah hasrat nak bawak budak-budak jalan dan just stay at home. Huhu

 

Just nak throwback balik cerita masa mula-mula PKPB ditukar pada PKPP pada Julai haritu. Betul-betul PKPP dilaksanakan terus family belah mertua yang duduk KL which are Mel, Ena & kami pergi melawat rumah pertama Mimi & Adi selepas kahwin. Rumah mereka di Cyberjaya.

Rumah Mimi & Adi di tingkat tinggi. Tak ingat tingkat berapa. Tapi sangat tinggi. Bila buka pintu balkoni, angin kuat masuk dalam rumah. Sangat best bersantai di balkoni rumah Mimi & Adi. Dituip angin yang sejuk & fresh.

Rumah Mimi & Adi ada swimming pool. So, budak-budak memang akan mandilah di swimming pool. Seronok budak-buda dapat mandi kolam selepas berkurun lama terperap di dalam rumah.



 

Tuan rumah masak nasi lemak untuk kami. Ena ada bawa kek Secret Recipe untuk sambut birthday Mimi. Kimi pulak bawa durian. Durian beli di area rumah Mimi. Sedap jugak isinya. Manis dan lembut.



 

Selepas makan, duduk bersantai sambal sembang-sembang. Budak-budak pula duk main dengan Uncle Adinya. Uncle Adi favourite uncle budak-budak ni tau. Hehe.



 

Seronok bila teringat balik aktiviti berkumpul macamni. Tak perlu pergi ke tempat yang fancy-fancy pun taka pa. Aktiviti macamni pun cukuplah. Itulak orang kita bila ada musibah berlaku, barulah kita nak menghargai benda-benda kecil yang berlaku dalam hidup kita. Sebelum ni tak perasan betapa seronok benda kecil ni. Bila berakhirnya musibah ini, saya tak akan mensia-siakan benda-benda yang baik berlaku dan hadir dalam hidup saya tak kira besar dan juga kecil.

Share this:

CONVERSATION

4 comments: