My double three birthday on 13.11.2020

My double three birthday fall on 13.11.2020 this year. Umur yang nombornya cantik jatuh pada tarikh yang agak cantik. Ada gandaan nombor untuk sifar, satu dan dua. Gandaan tiga untuk umur saya.


 

Sepatutnya kalau dah umur yang cantik jatuh pada tarikh birthday cantik, haruslah hari jadi disambut secara gemilang, terbilang dan cemerlang (tiber). Adalah plan nak sambut birthday dengan bawak family tersayang pergi ke Legoland. Yup walaupun birthday saya tapi tak semestinya celebration is all about me. Tak semestinya about only make me happy. It is about make my family and enjoy. Family happy saya double happy. 

 

Tapi disebabkan Malaysia diserang gelombang ketiga Covid 19 dan hampir semua negeri dikenakan PKPB, of course termasuk Selangor, terpaksa tangguhkan plan itu. Masalahnya dengan situasi sekarang, bukan setakat tak boleh nak pi Legoland, nak celebrate di rumah parents yang setakat di Petaling Jaya pun tak boleh jugak. Rentas daerah pun tak bolehkan masa pkpb. Rumah saya di Sungai Buloh. 



Tak apa. Tak perlu nak rasa sedih bil semua yang terjadi tidak seperti yang kita rancang. Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Hampir semua terkesan kot akibat daripada pandemic Covid 19.

So, untuk birthday tahun ini saya tak ada rasa nak sambut birthday. Tak ada buat apa-apa planning. Jadi feelingless macamni sebab lama nau kena pkpb.  Tapi Kimchi lah yang cheer mood up. Dia make sure birthday saya ada disambut. Bagitau sehari sebelum birthday dan pada hari birthday, saya boleh gantung kuali. Maknanya tak perlu memasak. Order jea semuanya through food panda.


 

Sehari sebelum birthday order kambing bakar dan aiskrim pulut. Dan pada hari birthday, order birthday cheese cake dari Bakers Cottage through food panda. Main dish pula pilih Lorong & café. Baca review di Food Panda, macam not bad. 

 

Godiks family lah terbaik. Tak lupa birthday kaklong nya. Siap ada order Birthday Brownies di area rumah. Tiba-tiba ada dapat call daru bakers nak hantar terus ke rumah. Ada pulak suprisenya kan pada hari birthday. Time birthday disambut siap bervideo call dengan godiks family. Biar rasa dekat dengan mereka during birthday celebration


Hadiah birthday Kimchi dah beri in advance which is Fossil purse. Just tak dapat jea lagi. PS nya which is my SIL tak dapat nak beri sebab PKPB. 


 

My double three birthday disambut dengan minimum celebration tapi tetap rasa happy. My birthday wish kali ini berdoa agar keluarga tersayang dijauhkan dari dijangkiti Covid19. Yea, memang berdoa sangat tidak terkena Covid sebab saya kerja di tempat berisiko tinggi. Hopefully sentiasa selamat sehingga dah ada vaksin untuk Covid-19.

Share this:

CONVERSATION

5 comments:

  1. happy birthday sis may Allah ease everything duniya wal akhirat

    ReplyDelete
  2. Wah happy belated birthday!!

    ReplyDelete

  3. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
    add Whatshapp : +85515373217 x-)

    ReplyDelete