Celebrated 2 Years At Top Glove With Partner In Crime At Sushi King and Starbucks, Setia City Mall

 

Stress happy stress happy dengan kerja kat Top Glove(TG) ni, sedar sedar nak masuk dua tahun dah saya dan partner in crime saya kerja di TG ni. Ada orang rasa tak adalah lama sangat dua tahun ni. Macam masih level junior je. Eh bagi kami lama tau. In between stress happy tu, ada rasa nak menangis pun ada. Especially masa nak masuk tahun pertama kami di TG. Tu tak ada posting pasal tahun pertama di TG ni. Tahun kedua pulak ada.Haha.

Saya dan Pija kenal pada hari pertama  melaporkan diri di TG iaitu pada 18 Februari 2019. Sama-sama baru nak mendaftarkan diri pada admin. Kami berdua kerja sama department tapi berlainan team. Tue cepat rapat tu. Sebab sama-sama baru so nak buat apa-apa mesti roger roger each other dulu. Supaya boleh buat sama-sama macam nak buat badge card, jumpa HR untuk register fingerprint dan etc.

Kami berdua juga sama-sama blur lost dengan kerja. Sama-sama stress. So sama-sama comfort, motivate each other supaya terus boleh bertahan dengan kerja kami. Tue yang dapat bertahan sehingga tahun kedua tu. Sebab ada partner in crime inilah.hehe.

Since tinggal beberapa hari nak masuk our second anniversary in TG, kami berdua decide in celebrate di Sushi King. Our favourite restaturant. Sebab apa favourite. 1st of course sebab cepat dapat makanan. Second tak taula kenapa saya dah jadi pengemar Sushi sejak dari mengandungkan Dak Zayden sehinggalah sekarang. Pija pun layankan jea tekak saya. Nasib baik Pija pun suka makan Sushi.

 


Nasib baik kerajaan dah benarkan dine in. Sebelum ni boleh take away jea masa mula-mula pelaksanaan PKP 2.0. Kalau tidak celebrate dengan makan dalam kereta ajelah kami berdua.

So, di Sushi King, kamu berdua order Bento Set. Nasi tak boleh tinggal. Then saya ambil dua pinggan dari Kaiten Sushu. Air iced green tea wajib order. Air nil ah boleh refresh energy kami berdua. Then duk recap balik kami berdua punya turun naik kerja di Top Glove sambal makan.Hehe.


 

Lepas makan, pergi pulak Starbucks untuk reward kan diri sebab boleh bertahan selama 2 tahun. Ceh dia punya rewardkan diri tu macam dah kerja 20 tahun. Padahal dua tahun jea pun. Over kan. Eh nak boleh bertahan tahun kedua pun, penuh liku ranjau perik jerih kami lalui tau. Ok over again. Haha.

 


Di Starbuck saya order di luar kebiasaan saya. Kalau sebelum ni saya suka order coffee je. Kali ni memang yang fancy drink habis iaitu Venti Vanilla Cream Frappe with Caramel upside down, hazelnut syrup dan 1 scoop almond nut crunch blended in. Perghh panjang siot nama. Dapat dari post sharing ni jenis drink ni. Kalau dari saya sendiri, menang tak lah sebab bukan peminat Starbuck. Harganya? RM22. Kenalah dengan nama panjang lebar tu. Rasanya? Bagi saya manis je. Bukan peminat fancy drink la katakan.

Dah siap makan, kembali ke dunia reality dengan sambung buat kerja. Hehe. To my partner in crime, semoga kita dapat terus bertahan kerja di Top Glove. Kita boleh punya. Hehe.

Share this:

CONVERSATION

6 comments: