Bayar Zakat LZS Melalui mesin ATM RHB Bank

Semua umat Islam telah diajar sejak dari kecil untuk wajib membayar zakat. Ini kerana membayar zakat adalah salah satu daripada rukun Islam, di mana rukun Islam adalah suruhan Allah SWT & kita wajib mentaati suruhan Allah SWT.

Pembayaran zakat oleh umat islam sangatlah membantu golongan yang memerlukan. Lagi-lagi PKP dikuatkuasakan kembali di mana makin bertambah golongan yang terkesan. Dan makin bertambah golongan yang sangat memerlukan pertolongan dari zakat. Kita yang ada harta lebih, yang ada bahagian yang perlu dizakatkan, segera-segeralah melakukan pembayaran Zakat di pusat Zakat bertauliah agar dapat meringankan beban golongan yang memerlukan ini.



 

Mungkin akan ada kesulitan dalam pembayaran zakat di pusat Zakat bertauliah kerana PKP dikuatkuasa kembali di beberapa kawasan. Tapi jangan risau Lembaga Zakat Selangor telah memperkenalkan memperkenalkan beberapa cara yang mudah untuk kita menunaikan zakat.

Antaranya pembayaran tanpa tunai iaitu:

1- Online Banking

2- Online ezakatpay

3- Online channel

4- Online @ Branch

5- Mobile Banking

6- ATM Machine

7- eWallet

Saya nak terangkan secara details tentang cara pembayaran zakat di ATM Machine. Sebabnya bagi saya saluran ini paling boleh dilakukan oleh semua umat islam kerana ATM machine ada di mana-mana dan beroperasi 24 jam.


Tapi kalau nak boleh melakukan pembayaran zakat melalui mesin ATM, pembayar-pembayar perlulah  mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa. Tapi rasanya semua orang ada akaun simpanan atau semasa. Yang tak ada tu macam kanak-kanak yang masih di bawah tanggungan keluarga. Yang tak ada income. Kalau ada jugak yang tak ada akaun ni, kes terpencil la tu. 



Haa satu lagi berikut sahaja boleh melakukan pembayaran zakat melalui mesin ATM, hanya di bank terpilih sahaja iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Public Bank, OCBC Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional. Saya bagi cara pembayaran untuk salah satu atm bank iaitu RHB bank.

Nak Bayar Zakat Melalui mesin ATM RHB Bank, senang je.


 1. Pergi ke ATM RHB Bank  

 

2. Tekan ke menu lain-lain(others)


3.Tekan ke menu pembayaran bil

Tadaaa..settle dah bayar zakat melalui mesin ATM RHB. Mudah sahaja kan.

Ada satu peringatan untuk pembayar yang membayar melalui kemudahan ATM Mesin. Dinasihatkan menghubungi lbu Pejabat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (DK) selepas selesai melakukan transaksi bayaran untuk tujuan kemaskini.

So, tak alasan dah yea berdepan dengan kesukaran untuk melakukan pembayaran zakat. Sebab banyak dah cara nak bayar zakat ni. 

Kadar Nisab (Jan – Jun 2021)

 

Ok, dah settle bayar zakat nanti, jemputlah sertai kempen Zakat Cashless kat atas ni. Mana tahu ada rezeki menang kempen ni. Hadiah yang ditawarkan untuk para pemenang, semuanya menarik tau.  Kempen ini bermula dari Tarikh 13 April sehingga 12 Mei 2021 bagi setiap pembayar zakat yang menggunakan kaedah pembayaran secara online atau pembayaran tanpa tunai.



Nak sertai kempen ini, hanyak perlu buat tiga langkah mudah iaitu

 

1. Bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online@branch, mobile banking, ATM Machine atau e-Wallet, yang penting cashless.

2. Imbas kod QR atau korang boleh terus isi borang di http://bit.ly/zakatcashless2021

3.Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my

Zakat di Hati

 


 

Kalau nak mengetahui maklumat lanjut mengenai Lembaga Zakat Selangor, boleh hubungi Lembaga Zakat Selangor k (LZS) tanya di: 

WEB : https://www.zakatselangor.com.my/

FACEBOOK : https://web.facebook.com/zakatselangor

ALAMAT : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13,   40100 Shah Alam, Selangor.

Talian Zakat Selangor : 1 300 88 4343

Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my


Share this:

CONVERSATION

6 comments:

  1. Bagus LZS..mempelbagaikan cara pembayaran zakat di LZS..

    ReplyDelete
  2. Haritu dah bayar manual baru tau ada cashless ni.

    ReplyDelete
  3. Thank for sharing this. segalanya mudah bila semua dihujung jari.

    ReplyDelete