Buat Kek Pisang Simple Guna Blender dan Air Fryer

Bila Kimchi beli pisang seikat. Pisangnya besau-besau pulak tu. Dan yang makannya tiga orang nya, maka banyaklah pisang tak termakan jadi lembek. Sebelum jadi tak elok, cepat-cepatlah simpan dalam peti ais. Lembek time tak free. Time dah free baru akan buat something dengan pisang-pisang ni.

Sementara tunggu masa free tu, fikir apa yang boleh dibuat dengan pisang yang almost nak lembek ni. First yang terlintas dalam kepala tak lain tak bukan cekodoklah. Ok akan buat cekodok dengan pisang-pisang ni. Then dapat idea nak buat kek pisang time main FB. 


 

Saya ada join group air fryer. Search cara buat kek pisang di group ni. Then ada keluar cara buat kek pisang guna air fryer. Resipe yang saya jumpa ni sangat senang. Boleh guna air fryer. Pastu almost semua bahan campak dalam blender dan kisar. Bila dah jumpa resipe yang senang dan sangat menjimatkan masa. Tak renyah bagai. Apalagi first save dulu recipe. Second buat bila masa free dah tiba. Haha.

Ni pulak boleh dipanggil burnt banana cake. Ok tanpa membuang masa, saya share recipe kek pisang guna air fryer dan blender.

 Pisang 3-4 biji
Telur 2biji
Gula 1/2 cawan
Minyak 1/2 cawan
Esen vanilla 1/2 sudu teh- (saya guna cinnamon ground)
Blend bahan atas 👆🏻


Tepung 1 1/2 cawan (seeloknya ayak dulu tapi saya malesss)
Baking powder 1 sudu teh
Soda birkabonat 1/2 sudu teh



kacau sebati bahan atas dengan bahan blend tadi
Sediakan loyang dan sapu rata marjerin. Ni cara resipe asal. Kalau saya guna baking paper macam dalam gambar saya share.
Tuang bahan kacau tadi. Cover loyang dengan aluminium foil
Dan mula panaskan dlm air fryer dgn suhu 160 selama 30-40minit(ni setting recipe asal. Kalau air fryer saya kena tambah dalam 20 minit lagi)
Dah siap! boleh cucuk guna lidi nk tahu dlm dah masak ke belum,kalau belum boleh tmbh 10minit lg 

 

Ni first time buat kek pisang guna air fryer. Belum dapat tune untuk dapatkan masa dan temperature yang sesuai. Sebab tu dalam gambar, rupa kek pisang macam nak terbakar sikit tu. Ala tak apalah gelap sedikit rupanya. Ala-ala rupa burnt cheese cake gitu. Tapi rasa sedap weyh. serius sedap.Dak Zayden pun suka. Takpe kalau ada pisang yang boleh nak buat kek pisang lagi, boleh buat lagi. Dan akan lebih better dari segi rupanya. Practice make perfect la katakan. Hehe.

 
Dak Zayden makan kek pisang yang dikerat kecik kecik dengan penuh semangat



Share this:

CONVERSATION

4 comments: